PEDIH ulu hati merupakan satu gejala yang biasa berlaku. Namun, jika kerap mengalami sakit dada dan pedih ulu hati, pasti anda akan tertanya-tanya jika anda ada menghidap penyakit jantung.
PEDIH ULU HATI ATAU SAKIT JANTUNG, APA BEZANYA?
Rasa pedih ulu hati atau heartburn sebenarnya tidak ada kena mengena langsung dengan jantung anda. Sebaliknya, rasa sakit itu adalah disebabkan oleh asid dalam perut yang melambung naik ke esofagus.
Oleh sebab esofagus tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia, asid tersebut akan mencetuskan rasa pedih pada kawasan dada.
Kadang kala, sensasinya dapat dirasai sehingga ke anak tekak. Sebab itulah, heartburn selalu terjadi selepas makan, ketika anda berbaring ataupun sedang membongkok.
Sakit jantung pula terjadi jika saluran darah ke jantung terhalang ataupun tersumbat dengan plak. Selalunya, plak yang terbina di dalam arteri terdiri daripada gumpalan lemak atau kolesterol.
Apabila plak itu pecah, gumpalan darah akan terbentuk dan seterusnya mengganggu peredaran darah.
Saluran darah yang tersumbat akan merosakkan otot pada permukaan jantung. Inilah sebab utama yang menyebabkan sakit jantung.
Jika anda kadang-kadang rasa pedih ulu hati, jangan risau. Itu adalah normal. Namun, jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.
Selain itu, jika anda telah pun mengambil antasid namun masih mengalami heartburn, anda perlu berjumpa dengan doktor segera.
KENALI SIMPTOM PENYAKIT JANTUNG DAN PEDIH ULU HATI
Anda sering rasa pedih dan sakit pada bahagian dada? Apa yang anda sedang alami sebenarnya, heartburn atau sakit jantung?
Sukar untuk membezakan simptom pedih ulu hati dan juga sakit jantung. Jika anda rasa ragu-ragu, cuba berbincang mengenai hal ini dengan doktor.
Heartburn selalunya mempunyai simptom-simptom berikut:
1. Bermula dengan rasa pedih di bawah perut yang perlahan-lahan bergerak ke bahagian dada.
2. Selalunya terjadi selepas makan ataupun ketika berbaring.
3. Boleh membuatkan anda terjaga daripada tidur, lebih-lebih lagi jika anda baru makan pada 2 jam yang lepas.
4. Pedih ulu hati boleh menjadi lega selepas makan ubat antasid.
5. Boleh menyebabkan anda rasa masam pada lidah.
6. Mungkin disertai dengan muntah kecil yang terasa di dalam mulut.
Selain itu, 5 tanda lain sakit jantung yang perlu diketahui ialah:
1. Rasa sakit dada. Anda akan rasa sakit pada tengah atau kiri dada seperti ditekan-tekan. Rasa sakit juga akan memakan masa selama beberapa minit.
2. Rasa lemah, pening dan ingin pitam. Anda juga mungkin berpeluh secara tiba-tiba.
3. Rasa sakit pada rahang, leher atau belakang badan.
4. Rasa sakit pada salah satu atau kedua-dua belah tangan dan bahu.
5. Nafas tercungap-cungap.
Tetapi, jika anda cuma mengalami heartburn atau pedih ulu hati, rasa pedih yang menyerang itu akan beransur-ansur hilang.
Namun, jika anda mengalami sakit dada yang berpanjangan, segera pergi ke hospital ataupun dial 999 ketika kecemasan.
Simptom sakit jantung mungkin berbeza-beza mengikut individu. .
JANGAN AMBIL RINGAN JIKA ALAMI PEDIH ULU HATI
Penyakit jantung merupakan pembunuh nombor 1 di Malaysia.
Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan pada tahun 2018, hampir 36% kematian yang berlaku di hospital adalah disebabkan penyakit kardiovaskular.
Statistik ini mencatatkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Ramai yang tidak tahu bahawa mereka mengalami simptom sakit jantung. Oleh itu, kebanyakan mangsa sakit jantung tidak mendapat rawatan yang tepat dan pantas bagi simptom yang mereka alami.
Jangan abaikan rasa sakit dada dan fikir ia akan berlalu pergi begitu sahaja. Ambil tahu tentang kesihatan anda dan segeralah berjumpa doktor untuk tahu apa sebenarnya yang sedang terjadi pada diri anda.
Amalkan pemakanan yang sihat untuk mengelakkan rasa sakit ulu hati yang berpanjangan. -Keluarga
Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad
Keluarga
Sat Apr 13 2024
Jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius. -Keluarga
Asrama pelajar UniMAP terbakar dapat perhatian Perdana Menteri
Pengetua kompleks berkenaan Mohd Syamril Aklmar Chek Kassim berkata pihaknya amat berbesar hati atas keprihatinan Anwar.
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Pedih ulu hati atau sakit jantung? Ini penjelasan doktor
Jika pedih ulu hati berlaku lebih daripada 2 kali seminggu, ia mungkin tanda anda menghidap penyakit yang lebih serius.